Thursday, December 29, 2011

SEBUAH DUKA YANG KARAM "SURATAN ATAU KEBETULAN"

Belum pernah aku alami kersahan yang begini, siang malam aku bagai tiada berbeza!
Dalam hati aku bertanya, apakah kau gelisah?
Sayangnya harapan yang selama ini aku bawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagai sebuah mimpi
Walaupun hatiku amat berat melepasmu
Dan rintangan mendatang sayang..terpaksa aku leraikan!


Aku mencari kembali pohon hijau nan rendang
Disitulah kita berteduh
Kau dan aku demikian diibaratkan


Siapakah diantara kita dengan rela menjadi pendusta?
Siapakah dulu membina harapan?
Siapa yang memusnah impian?
Itu yang kau tinggalkan
Setelah jauh berjalan jatuh
Akhirnya aku yang tersungkur
Dugaan ini kah dugaan untuk ku?
Hujungnya tak seindah mimpi
Hanya igauan ngeri
Kau yang pernah ku rindu
Mudahnya berlalu
Inikah noktahnya?
Perhubungan kita?
Andai begitu suratan takdir
Usah lagi kita mungkir


Perlukah kau dan aku merelakan
Kita hanya insan yang selalu mengharapkan
Suatu yang indah dalam perhubungan
Dikala tiba dugaan mendatang
Aku? Kau tinggalkan
Walau kita dihadapkan
Dengan pelbagai pilihan
Mengapa sering terjadi pilihan tak menepati..

Wednesday, December 28, 2011

~LUKA DISINI~

Dulu pernah ada cinta
Dulu pernah ada sayang
Namun kini tiada lagi
Perasaan seperti dulu
Kini tiada lagi kisah
Cintaku tlah musnah sudah
Hancur hatiku
Telah kau sakiti perasaanku

Biarkan ku pergi
Jangan kau tanyakan lagi
Ku yakin ini yang terbaik
untuk kau dan diriku

Biarkan berlalu
Rasa cinta ini di hati
Ku tak bisa tuk menahan
Aku luka di sini

Friday, December 23, 2011

Curahan Rasa

Aku terdiam dipenghujung harap yang kian mengikis..
Terpaku disudut ruang tak bercahaya, ruang pun tiada..
Kebisuan melenakan anganku dalam benak tak beruang..
Kini kuhanya sanggup menatap kosong, sebagai pemerhati yang tak pandai memahami..
Siapa aku, kini...!!
Keangkuhan hidup macam apa yang telah terlihat..
Tak cukupkah membenamkan hati lalu palu akhir menghantam tiap sisi jiwa..
Hingga jasadku terhampar antara bernafas tak bernyawa..
Lalu.. adakah ubat hati tuk jiwa yang hampir mati..
Sedangkan ketabahan semakin menyusut , dan keputus asaan kini merajai diri..
Haruskah kuterperuk dalam kesia-siaan ??
Sampaikan jerit amarah pada keajaipan

Haruskah sebuah mimpi ,padam akibat garis kehidupan ??

Thursday, December 22, 2011

Soal Hati

Bila kita berbicara soal hati, hati itu ada pelbagai rasa yang mana kadang-kala sukar untuk ditafsirkan dan sukar untuk dimengertikan. Manusia selalunya tertipu dengan apa yang ada dalam hati dan perasaan. Perasaan itu kadangkala akan menipu akal dan fikiran. Kadangkala kita merasakan sesuatu yang ada di depan mata kita itu adalah yang terbaik. Dan kita juga sering berprasangka apa yang kita ada itu tidak cukup dan tidak baik. Namun, hanya Allah saja yang lebih mengetahui apa yang terbaik sedangkan kita tidak...~~wahai hati~~

BONDA KU TERCINTA

"kasih sayang dan cintamu sungguh tak bertepi
seperti pelita tak ada duanya..
ku yakin engkau di sana
melihat dan merasakan...
keadaan anakmu..

meski engkau tiada bersama..
meski jarang berjumpa..

ku kan tetap..

menyayangi..
menghormati..
menghargai..
akan perjuangan hidup matimu..
jasa dan hatimu masih tertanam dalam rasaku..

meski engkau tak pernah mendengar esak tangis doaku
ku yakin engkau merasakan''

"RINDU MY MOM"

Tuesday, December 20, 2011

Aadooii..Addoooyaiiii..!!!

Salam,
Selamat Pagi..
Tak de ape lagi yang nk dicoret kan..sejak dua menjak ni aku rase tak berapa sihat..adooyaiii..kerap sangat sakit perut...bila menjelang malam pulak badan jadi panas seolah-olah demam melanda..tak bermaya dibuatnya.. Errmm..tak tahu lak kenapa...dekat seminggu juga jadi macam ni..alahai nasib badan..tapi aku tahu tak boleh terlalu mengeluh..mungkin ini adalah rancangan dari NYA..kena redha kan..Alhamdulillah aku di beri nikmat untuk merasa semua ini..tak semua manusia dapat rasa keadaan seperti ini kan?? Alhamdulillah..setiap yang datang ade hikmah disebaliknya..cume cepat dan lambat je hikmahnya datang...Harap korang semua sihat k..ok nk smbung buat kerja..tangguh2 kang makin banyak kerja..makin tak sihat lak aku..Wassalam..!!

Friday, December 16, 2011

PILIHAN & KESEMPATAN

Ketika bertemu seseorang yang membuat kita tertarik,maka itu BUKAN PILIHAN,tapi itu adalah KESEMPATAN.
Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut dengan segala kekurangannya,
maka itu BUKAN KESEMPATAN,tapi itu adalah PILIHAN.

Ketika kita memilih bersama seseorang walau apapun yang terjadi,
bahkan di saat kita menyedari bahawa masih banyak orang lain yang lebih menarik, lebih pandai,lebih kaya daripada pasangan kita,dan tetap memilih untuk mencintainya, maka itu BUKAN KESEMPATAN,tapi itu adalah PILIHAN.
Perasaan cinta, simpati,dan tertarik datang sebagai KESEMPATAN dalam hidup,
tetapi cinta yang dewasa, mencintai dengan komitmen di hadapan Allah dan manusia adalah PILIHAN.
Mungkin KESEMPATAN mempertemukan kita dengan pasangan jiwa,
tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa adalah PILIHAN yang harus kita pertanggungjawabkan dihadapan Allah Swt..
Kita berada didunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai,
tetapi untuk BELAJAR mencintai orang yang belum sempurna agar keberadaan kita mampu menyempurnakan ketidaksempurnaanya.
Mari kita BELAJAR mencintai dan menyayangi pasangan kita yang belum sempurna dengan cara yang sempurna,
kerana tulang rusuk kita adalah pasangan kita, belahan jiwa kita agar kita pun menjadi insan yg sempurna di hadapan Allah.

Takdir yang mempertemukan dengan pasangan kita dan rancangan yang indahpun telah disiapkan oleh-Nya...

Wednesday, December 14, 2011

~~LARA LAGI~~

Hanya sampai di sini saja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk hati ini
Merawat rindu ku sendiri
Setelah aku kau lupai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
Walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah tak pernah jemu
Takkan terpadam
Dalam hatiku yang milikmu
Percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di satu hari nanti
Ku jejak bahgia…

Tuesday, December 13, 2011

KEINGINAN AKU

Salam, =)
Asyik bermadah je sejak dua menjak ni kn..ni nk berseloroh lak sikit-sikit..
Haa....td msuk meeting..jage slide..nk di jd kan cite..tibe2 lak terperasan...dalam hati "eh..cantik lak notebook ni..nmpk baru..pe brand ek??"..belek punye belek ACER ASPIRE 4830TG..isk da terjatuh cinte lak..ase msti mhl ni...byk btul kan kerajaan bg peruntukan kt kementerian ni..huhu jeles lak..bile la agak nye aku dpt beli bende tu erk..

haaa..ni la pic notebook tu..search kt google je ni..cantik kan..hanya mampu berangan je kot..dpt sentuh pon da ok la kot td kan..Ni bru berkenan td..Tpi da lame satu benda ni aku nk sangat ade tp xleh nk beli lg..asal kumpul duit je mesti ade je benda nak kena pakai duit..xpe la mungkin xde rezeki lagi..nak taw pe benda nye..ni haa..jeng..jeng..jeng...
 ni ha Blackberry 9870 a.k.a Bold 3

cantik kan??ni la angan-angan aku selama ni..hehehe..tp xpe la xdpt pon..xde kemampuan lagi..keje pon kuli jek..hehe..aku da ckup sayang tepon yang ade skrg..janji leh SMS n wat call kan..(padahal dalam hati memberontak nk sgt) hahahaha...haaa..ade sape-sape sudi bg tuk hadiah krismas ke??jd santa claus anta hadiah kt kanak-kanak..huhuhu..ke nk bagi hadiah new year ke kn...kecik tapak tangan..bakul durian aku tadah kan..kihkihkih...isk merepak je kan..tp 2 ar keinginan utama aku skrg..1st BB BOLD 3 & 2nd NOTEBOOK ACER ASPIRE 4830TG..Ya Allah pemudahkan la perjalanan hidup hambamu ini..Aminnn..

k jumpe lagi laen post k.. =) bye!!

~~PEDIH~~

Bila memang dalam diriku ada sedikit perubahan...
itulah yang terjadi...
Saat sulit melukis dan menghapus sebuah rasa yang tak abadi..
Sakit tangis ini tak sepedih hatiku yg telah pedih...
Namun Sebahagian jiwaku kini terwarnai gelapnya lirih...
...
Sepertinya aku harus begini....
Dan andai saja kau tau hatiku ini tak sekeras bata..
Yang mampu menahan luka yg terus merejam...
Dalam mentari yang panas juga ku anggap waktu yang senja...
Aku mungkin telah berpura mampu dalam kenyataan...

Namun sakit hati ini berkata tentang penderitaan...
Derita dalam dada yang mencuba tuk bertahan meski kesakitan..
Dan berdiam dalam diam kepanjangan...

Adakah kau merasakannya disana ??
Disaat bulan ini tak lagi menjadi purnama...
Bawahlah cintaku ini meski sering terluka...
Asalkan kau puas dgn keegoan yg meraja... !!

Monday, December 12, 2011

~~SEANDAINYA~~

Andai Suatu Saat Aku Hilang Daripada Pandangan Mu,Usah Kau Cari..
Kerana Aku Tak Pernah Meninggalkan Mu..
Andai Suatu Masa Aku Berhenti Menghubungi Mu..
Usah Kau Gusar Kerana Mungkin Aku Perlukan Masa..
Andai Suatu Saat Aku Mengalirkan Air Mata..
Usah Kau Usap Kerana Aku Ingin Membasuh Sedikit Rasa Cemburu..
Namun Andai Suatu Saat Kau Hilang Dari Pandangan Mata Ku..
Aku Akan Sentiasa Mendoakan Kebahagiaan Mu..
Andai Suatu Saat Kau Berhenti Menjawab Panggilan Ku..
Ingatlah Bahawa Aku Selalu Ada Saat-Saat Kau Memerlukan Ku..
Andai Suatu Masa Kau Tersenyum Bahagia..
Aku Juga Akan Tersenyum Gembira..
Cuma Pesan Ku..
Andai Suatu saat Sedang Kau Memerlukan Ku & Aku Tidak Bisa Ada Untuk Membantu..
Usahlah Kau Binggung & Ragu..
Bukan Kerana Aku Membenci Mu..
Tapi Kerana Aku Takut Akan Menyakiti Diri Mu..

Andai Diri Kecewa

✿ Andai Diri Kecewa ✿

:: kalau kita diKECEWAkan apa yang kita buat ? ::
♥ mestilah MENANGIS dan TERKILAN

... :: sebab ?? ::
♥ tak SANGKA orang sanggup buat kita macam tu

:: dan lepas tu kita BUAT APA ? ::
♥ tak nak PERCAYA pada dia lagi !

:: macam tu ke ? ::
♥ mestilah

:: TIDAK RASA ke KECEWA itu satu HADIAH dari ALLAH SWT ??? ::

sebab ?

♥ dari kerana sebab KECEWA ALLAH SWT mengajar kita LEBIH bersikap BERHATI -HATI DAN JANGAN terlalu mengharap pada MakhlukNya , INDAHKAN ?

♥ JADI jangan sedih sangat , INGAT kita ada ALLAH SWT yang SENTIASA bahagiakan kita

insyaALLAH.

Friday, December 9, 2011

~~WAHAI HATI~~

Hati ini dibiarkan sendiri
Kau kini mementingkan diri
Kau lupakanku hari demi hari
Bagaimana mungkin aku bisa berdiri

Hati ini makin suram
Kerana ia kini dipenuhi rasa geram
Kerana ia kini menyumpah dengan kata-kata haram
Hingga akhirnya ia kini hanya mampu diam

Hati ini kian perih
Sakitnya membuatkan aku hanya mampu merintih
Bergantinya hari cuma membuatkan hati ini sedih
Tiada lagi hati yang dipenuhi rasa kasih

Hati ini telah mati
Kerana kau yang terlalu kerap menyakiti
Kerana kau yang tak pernah mahu mengerti
Diriku dilayan bagaikan tiada erti

Hati ini akhirnya sengaja kubiarkan mati
Menunggu masa dihidupkan kembali
Oleh rasa cinta Illahi yang Maha Mengerti
Untuk mengubah hati ini kembali ke fitrahnya yang azali...

Tuesday, December 6, 2011

Berubah Rahsia

Redup
Wajah Seribu Rahsia
Ku Tidak Mengerti Apa Alahnya
Sedang Diri Ku Terasa Hiba...

Kini...
Ku Cuba Menyelaminya...
Di Sebalik Raut
Yang Tersembunyi
Secalit Duka
Tiada Hujungnya

Biar Pedih Merobek Kalbu
Luka Di Hati Siapa Yang Tahu
Senyum Di Bibir Tawa Bersilu
Hati Menangis Penuh Sendu

Sarat Mata Memandang
Jiwa Dibeban Kesan
Yang Mendalam
Kerana Sering Hilang
Sebuah Pertimbangan

Thursday, December 1, 2011

SIAPALAH AKU

Aku Bukan Mengongkongmu..
Berbuatlah Apa Saja..
Tp Ku Perlukan Kau Labuhkan Kata Jujur Dalam Hubungan Kita Ini..

Agar Aku Tidak Terlalu Merasa Sayu Dalam Hubungan Ini...
Aku Sayang Sekali Dengan Hubungan Ini...
Termasuk Kamu...
Dan Kehidupan Yang Berkaitan Denganmu..

Setidak2nya Tunjukkanlah Aku Ini Penting Dalam Hidupmu...
Seperti Yang Sering Aku lakukan
Untuk Kamu..

Cinta Ke Akhirnya

Bf : Kita main satu game nak tak ?
Gf : Game apa ?
Bf : Mcm ni,esok awk tak payah contact saya.Mksudnya tak payah SMS,call or apa yg berkaitan lah.Saya pun buat mcm tu dkt awk ok? Kita tgok sape menang .
Gf : Okay !

Esoknya ,si Gf terpksa lah tahan rindu kat Bf .
Mengenangkan yg ni satu permintaan,
si Gf cuba kuatkan hati.
Keesokkan harinya,
si Gf call si Bf .
Tapi tak di jwb.So si Gf pegi la rumah Bf dia .
Di luar rumah..rmai org .
Dia mula rasa pelik then trus msok ke dalam rumah .
Sekujur tubuh terbaring kaku di dlm rumah .
Dan tubuh itu adalah jasad si Bf yg sudah tiada .
Mak si Bf pun bagi surat kat GF .
Surat yng bertulis :

Sayang ,
smlm awk dpt hdup sehari tnpa saya .
Saya pasti esok dan seterusnya pasti awak dpat hdup bhagia tnpa saya . Love you  sayang..
So Sad

Wednesday, November 30, 2011

~~HarapanKu~~

30 Nov @ 3:24 PM
Aku..
Benar2 Merasa Sesak...
Kerna Caramu...
Acuh Tak Acuh..

Apakah Aku Bukan Seperti Yg Kau Harapkan??

Aku...
Benar2 Merasa Terluka...
Kerana Sikapmu...
Menduakan Kepercayaanku..

Wahai Pencipta Jasad Dan Roh Ku Ini..
Aku Terasa Malu Untuk Meminta..
Meminta Dan Terus Meminta...
Untuk Kau Selamatkan Hubungan Ini..

Aku....
Akur Pada Kemahuan..
Sang mata...

Sampai Bila Harus Begini...
Menitiskan Air Mata Demi Merebut Kebahagian..
Cinta Dan Juga Kasih Sayang..
Seorang Insan...

Kejujuran Sering Dibalas Penghianatan Dalam Diam..
Tanpa Merasa Bersalah..

Sedang Kan Aku..
Berharap..
Berharap
Dan Berharap..
Agar kau Bisa Mengerti..
Walau Tak Sepenuhkan...
Kemahuan Hatiku Ini...

Persoalan Mindaku

30 Nov @ 9:06 AM

Mendung warna dilangit...
Tak Semendung Warna Perasaanku..
Aku Disini...
Resah Gelisah..
Menanti ..Dan Menanti..

Sayang...??
Apakah Kamu masih Sayang
Pada Aku?
Atau Kamu Masih Mengasihi Aku?
Atau Kamu masih Inginkan Aku?
Seperti Dulu...

Mataku...
Oh.. Kasihan Kamu...
Sudahlah..Sudahlah..
Simpan Saja Untuk Waktu Bahagia Kelak..
Jangan Ku Luluh Semuanya..

Jiwaku...
Oh... Kasihan Kamu...
Sudahlah..Sudahlah...
Tahan Saja Sendu Mu Itu..
Sampai Saat Kau Hamburkan DiBahunya

Hatiku...
Oh... Kasihan Kamu...
Sudahlah..Sudahlah...
Jangan Sangsi Pada Waktu...
Tetaplah Seperti Dulu...
Sabar Menunggu...

Mataku Berkata....
Maaf..
Aku Tidak Bisa Menahan...
Kerana Rasa Rinduku Padanya...
Jangan Kau Risau..
Ianya Tak Akan Habis Sampai Waktu Kamu Menemukan Hari Bahagiamu..

Jiwaku Berkata..
Aku Tak Bisa Menahan Rasa Sendu Dihatiku...
Kerana Jiwaku Merasa Kosong Tidak Seperti Dulu...
Aku Tetap Sabar Menunggu..

Hatiku Berkata...
Aku Tidak Sangsi Pada Waktu...
Tapi Aku Sangsi pada Dirimu...
Bisakah Kau Bertahan...
Apakah Kamu Bersedia ...
Jika Dia Meninggalkan Kamu....

Tuesday, November 29, 2011

Kejujuran Mu Ku Harap

29 Nov @ 3:50 PM


Jujur!!!
Yang Tidak Hanya Pada Diri Sendiri.
Jujur Dalam Berbuat Sesuatu..
Jujur Juga Dalam Mengatakan Hal Yang Salah Pada Orang lain..
Kenapa Menjadi Insan Harus Berlaku Jujur???
Kerana Kejujuran Itu Adalah Hal Yang Sangat Baek Dan Positif
Jujur Dalam Perhubungan Itu Perlu??
Ya.....
Kerana Orang Yang Selalu Berusaha Untuk Jujur  ...
Pasti Mendapat 3 Perkara!


1)Kepercayaan
2)Cinta/Kasih Sayang
3) Rasa Hormat


Sesungguhnya Kejujuran Bersangkut Dengan
Kesabaran...
Itu Ertinya Sangat Susah...,
Meratah Segala Gundah...
Merelakan Dalam Sebuah Pengorbanan...
Dan Bersedia Untuk Menghadapi Penderitaan Dalam Apa Cara Pun
Cubalah Untuk Bertahan..
Walaupn Percubaan Beroleh Rasa Sia-Sia..
Dalam Mengharungi Kepayahan..
Berserahlah Pada Ilahi...
Biarlah Dia Yang Menentukah Hasilnya...

Kerana Menjadi Manusia Tak Ada Yang Sempurna...
Melainkan Dia Sang Pencipta Yang Maha Tau Segalanya...

~~Resah~~

Resah Hatiku
Gelisahnya Jiwaku
Semakin Hari Semakin Merasakan Kesunyian Ini..
Menyendiri Lagi...
Menyendiri Untuk Memujuk Hatiku..

Terduga Aku
Berat Sungguh Dugaan Buat Aku...
Sunyinya Aku...
Telah Membunuh Rasa Jiwaku..

Aku Terbiasa Adanya Kamu..
Tetapi Kenapa Aku Tak Bisa...
Membiasakan Diriku Untuk Tidak Ada Kamu..
Untuk Menemani Mu Disetiap Saat Waktuku...

Cepatlah Datang Rasa Yang Dulu..
Datanglah Kembali Agar Kau Bisa Memenuhi Hari2 Ku ..
Hari2 Yang Terbuang Tanpa Kamu...

Thursday, November 24, 2011

KAU YANG BERUSAHA TUK PERGI

23 Nov @ 3:14PM


Aku Semakin Mengerti Perubahanmu Terhadap Hubungan Kita Ini..
Kehadiranku Sekarang Sudah Tidak Menyenangkanmu..
Kehadiranku Juga Telah Berbuatmu Merasa Sesak..

Bagaimana Aku Bisa Mengatakan Ini
Kerana Jelas Sekali...
Itu Yg Kau Perlihatkan..
Hidupku Terisi Adanya Kamu.....
Hati Ku Kaya Dengan Cintamu...
Tapi Itu Dulu...

Hidupku Kosong Walaupn Ada Kamu...
Hatiku Miskin Walau Terasa Ada Cintanya Kamu..

Kemana Hilangnya Seri Yang Dahulu??
Aku Tak Bisa Nyatakan...
Kerna Itu Jalan Yang Tlah Kamu Pilih...

Kebatasanku Menjaga Hatiku Dan Hatimu...
Menjadikan Aku Ingin Beralah Selalu..
Akhirnya Aku Lelah....Penat
Sepertinya Aku Mendaki Bukit Tanpa Henti..

Semalaman Aku Memikirkannya...
Aku Hanya Memikirkan Satu Jalan...
Demi Kebahagiaanmu..
Walau Aku Merasa Terseksa Dengan Jalan yg ku pilih ini..

Tiada Paksaan Dari Ku..
Pilihlah Jalan Yg Kelmarin.. 
Jalan Yg Telah Kau Rancangkan
Saat Aku Masih Memerlukankanmu....

Andai Itu Kata Terakhir Mu Baiklah...
Itulah Penamat Kisah Kita..

Mulai Saat Ini...
Aku Harus Membiasakan Diri..
Untuk Kau Tiada Lagi Disaat Bahagia Dan Sedihku..
Ku Korbankan Segala Impian Dan Hasratku...
Demi Kebahagiaan Kamu...

Mungkin Aku Bukan Insan Yang Baek Buat Pelengkap Hidupmu
Berbahagialah Sayang..
Ku Doakan Kamu Menemukan Pengantiku Kelak..
Yang Lebih Baik...
Yang Lebih Baik...

Aku Berharap... 
Kamu Tidak Mengalami Apa Yg Sedang Ku Alami
Mmg Begitu Seharusnya...
Mendoakan Kebahagiaan Org Yang Kita Sayang Dan Kita Cintai
Walaupun Bukan Dengan Kita...
Kerna Itu Bukan Bahagian Aku....

Semoga Allah Makbulkan Doamu Dan Doaku Ini..Menjadikan Aku Wanita Yang Kuat..Bisa Bertahan Sekeras Apa Pun Badai yang Menerpa...Insyaallah...