Friday, December 9, 2011

~~WAHAI HATI~~

Hati ini dibiarkan sendiri
Kau kini mementingkan diri
Kau lupakanku hari demi hari
Bagaimana mungkin aku bisa berdiri

Hati ini makin suram
Kerana ia kini dipenuhi rasa geram
Kerana ia kini menyumpah dengan kata-kata haram
Hingga akhirnya ia kini hanya mampu diam

Hati ini kian perih
Sakitnya membuatkan aku hanya mampu merintih
Bergantinya hari cuma membuatkan hati ini sedih
Tiada lagi hati yang dipenuhi rasa kasih

Hati ini telah mati
Kerana kau yang terlalu kerap menyakiti
Kerana kau yang tak pernah mahu mengerti
Diriku dilayan bagaikan tiada erti

Hati ini akhirnya sengaja kubiarkan mati
Menunggu masa dihidupkan kembali
Oleh rasa cinta Illahi yang Maha Mengerti
Untuk mengubah hati ini kembali ke fitrahnya yang azali...

No comments:

Post a Comment