Wednesday, September 11, 2013

Rela atau Terpaksa

takkan dedaun melekat di dahan pokok selamanya..
akan luruh di dalam lembayung musim..
maka cinta begitu juga..
luluh jatuh lalu terperosok di dalam ruang berdimensikan masa..
lerai berderai dimamahi usia..
lemah dan longlai ketika menghadapi kenyataan hukum angkasa..
begitulah keadaan di dalam alam percintaan..
sekejap manapun manusia menggenggam nikmat,
sekuat manapun manahan ujian,
setulus manapun hati insan,
pasti nanti tetap tertewas dalam rela mahupun terpaksa...

Ubat

Ubat untuk tenang adalah redha
Ubat untuk rindu adalah doa
Ubat untuk setia adalah jujur
Ubat untuk cinta adalah sayang

Wednesday, August 14, 2013

RINTIHAN SYAWAL

Indah Syawal bergema dalam irama takbir
berselang keriuhan kanak-kanak menyinari suasana
terpanggang aku oleh ulas-ulas yang memasung jiwa
pada kenangan kala sang pujaan persiapkan segala

Syawal ini masih menjerumuskan aku ke jurang haru
membilang pada helaian yang gugurnya terbenam kaku
membasahkan pada kelopak pada indahnya pernah berpadu
terkulailah kini bersama secarik perasaan yang mengocakku

Monday, July 29, 2013

Sayang..Jujur lah

Jujur lah sayang
Aku tak pengapa
Biar lah jelas semua
Biar nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati.. <3 2807 <3

Tuesday, July 16, 2013

HATI

HATI adalah tempat tersimpannya iman. 
Apabila hati bersih iman kekai di dalamnya. 
Iman tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. 
Iman hanya kekal pada hati yang bersih.. 

أسّتغفرٌ ﺂللَّہ ﺂلعَظيمّ ﺂلذيّ لٱ إلہْ ﺂلٱ ھُۆ ﺂلحيـَﮱ ﺂلقيۆم ۆ أتۆب إليہْ
Astagfirullahal adzim alazi lailla hailla huwal haiyul qoyyum wa atubu ilait
(Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Besar Tiada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup lagi sentiasa Berkuasa Dan aku bertaubat kepada-Nya)

Monday, July 15, 2013

YAKINLAH

Payung tidak mampu menghentikan hujan, 
tapi dengan payung kita mampu berdiri dalam hujan tanpa kebasahan.
Begitu juga dengan keyakinan, 
ia mungkin tidak memberi kita kemenangan, 
tapi ia mampu memberi kita kekuatan untuk bertahan menghadapi cobaan.

Wednesday, July 10, 2013

RAMADHAN

SEMPENA RAMADHAN YANG MULIA

Dikesempatan ini hamba menghampar rasa
Memohon keampunan akan segalanya
Untuk semua rakan alamaya
Kini hamba mengopak dada
Seandainya pernah ada kekhilafan kata
Yang mungkin meruntuhkan jiwa
Yang mungkin mengundang curiga
Kerana tiadalah niat sedemikian rupa

Mari melupakan semak yang pernah berupa
Kesucian Ramadhan janganlah diluka
Hindarilah segala noda

Seandainya kita saling terbuka
Marilah kita jalinkan semula
Ukhwah itu amat berharga
Semoga Allah permudahkan segala
Agar redha menyelubungi kita

Thursday, July 4, 2013

Tangisan Dalam Diam

Pernah rasa?
Tangisan dalam diam..

Tangisan yg ditahan sungguh-sungguh..
Supaya tak siapa perasan hati ni sedang menangis..
Tangisan yg cuma bergema diruang hati..
Sungguh sakitkan dada menahan tangisan tu..
Rasa nak pecah hati ni..
Lemah seluruh anggota badan ..

Tak apa wahai hamba Allah yg disayangi..
Sungguh Allah sedang pandang dirimu..
Dengan penuh kasih sayang,penuh rasa cinta ..
DIA menunggu kamu utk kembali padaNya..

Ingatlah Allah, 
DIA sentiasa membuka pintu taubat..
Pintu kemaafan supaya kita hamba yg sering lalai..
Tidak akan selamanya hanyut dalam hal duniawi..

Thursday, May 30, 2013

SiapaLah Aku

Siapalah aku
yang ingin menggosok pelangi
menari-nari di atas ribaan puteri
indah
warnanya berseri-seri

siapalah aku
yang ingin mengait langit
turun ke tanah
untuk mengambil bintang-bintang
yang indah di waktu malam
untuk mengambil bulan
hadiahkan pada si pungguk
yang tidak pernah-pernah serik berlagu

siapalah aku
untuk menahan rintik hujan turun
berkaca-kaca menyembah bumi
bertakung dalam arus sungai yang lesu
kelaparan

siapalah aku
hanya batuk kosong....

Wednesday, May 22, 2013

фSEMALAMANф


SEMALAMAN....
memikirkan jalan keluar dari kisah hidupku yg KELIRU...
SEMALAMAN...
cuba bangkit dari rasa berdosa....
SEMALAMAN...
tiada titik buat mencari erti hidup sebenar.....
SEMALAMAN....
hanya waktu yang di perlukan bagi mengubati kesan lama...
SEMALAMAN...
detik demi detik bergerak dengan pantas usia meningkat bertambah pengalaman...
SEMALAMAN....
ku tinggalkan semalam yg suram dalam meniti titian hidup hari ini..... (._.)

Friday, May 17, 2013

YAKINLAH

Kala kita merasa KECEWA akan sesuatu.
Itu kerana kita terlalu BERHARAP akan sesuatu.

Kala kita MARAH akan sesuatu.
Itu kerana kita terlalu YAKIN akan sesuatu.

Kala kita TERLUKA akan sesuatu.
Itu kerana kita terlalu merasa MEMILIKI.

Di dunia ini tak ada yang ABADI.
Janganlah terlalu BAHAGIA akan sesuatu.
Jangan pula terlalu BERSEDIH akan sesuatu.

Sebab semua datang dan pergi seperti musim yang terus berganti.

Yakinlah 
SEMUA AKAN INDAH 
BILA WAKTUNYA TIBA DAN BUNGA PUN AKAN MEKAR PADA WAKTUNYA..

~~~ MUHASABAH DIRI ~~~

Didalam alam yang terbentang dihadapan kita.....
Di-awan2 yang berarak-arak.....
Disungai yang mengalir tenang.....
Di burung yang terbang tinggi.....
Di kulik helang ditengah hari.....
Dikokok ayam dihalaman.....
Terbentanglah pengubat hati dan jiwa.....
Disana tersembunyi pokok untuk kebahagiaan hidup......
Mengapa hati harus dibiarkan tersandung duka?.....
0rang tercela didunia ini hanya 3 sahaja.....

PERTAMA - 0RANG DENGKI
yang selalu merasa sakit hati terhadap orang lain yang diberikan Allah akan
nikmat. Sakit hatinya itulah yang menyebabkan dia `celaka`,padahal nikmat Allah
tak dapat dihapuskan oleh tangan manusia.....

KEDUA - ORANG YANG TAMAK DAN HALOBA
yang sentiasa merasa belum cukup dengan apa yang ada didalam tangannya.
Padahal yang akan didapatnya tidak akan lebih daripada yang telah ditentukan
oleh Allah didalam QudratNYA.....

KETIGA - ORANG YANG BERDOSA
yang terlepas dari tangan undang2/pengadilan kerana kesalahan pencurian.pembunuhan atau sebagainya. 0rang yang sebegini meskipun terlepas dari jaringan undang2,tidak akan juga merasa nikmat sedikit pun kemana saja dia pergi. 
Kesalahan dan tangannya yang berdarah selalu terbayang2 diruang matanya. Dimana
ada orang berbisik2 disangkanya hendak menangkapnya......

Mudah2an Allah memelihara kita semua saudaraku daripada ketiga2 penyakit ini.....!!!

Monday, April 15, 2013


Dear SomeOne,

Really..Really..Really Miss You.. (-_-) Damn Much..!!! <3