Wednesday, September 11, 2013

Rela atau Terpaksa

takkan dedaun melekat di dahan pokok selamanya..
akan luruh di dalam lembayung musim..
maka cinta begitu juga..
luluh jatuh lalu terperosok di dalam ruang berdimensikan masa..
lerai berderai dimamahi usia..
lemah dan longlai ketika menghadapi kenyataan hukum angkasa..
begitulah keadaan di dalam alam percintaan..
sekejap manapun manusia menggenggam nikmat,
sekuat manapun manahan ujian,
setulus manapun hati insan,
pasti nanti tetap tertewas dalam rela mahupun terpaksa...

Ubat

Ubat untuk tenang adalah redha
Ubat untuk rindu adalah doa
Ubat untuk setia adalah jujur
Ubat untuk cinta adalah sayang

Wednesday, August 14, 2013

RINTIHAN SYAWAL

Indah Syawal bergema dalam irama takbir
berselang keriuhan kanak-kanak menyinari suasana
terpanggang aku oleh ulas-ulas yang memasung jiwa
pada kenangan kala sang pujaan persiapkan segala

Syawal ini masih menjerumuskan aku ke jurang haru
membilang pada helaian yang gugurnya terbenam kaku
membasahkan pada kelopak pada indahnya pernah berpadu
terkulailah kini bersama secarik perasaan yang mengocakku

Monday, July 29, 2013

Sayang..Jujur lah

Jujur lah sayang
Aku tak pengapa
Biar lah jelas semua
Biar nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati.. <3 2807 <3

Tuesday, July 16, 2013

HATI

HATI adalah tempat tersimpannya iman. 
Apabila hati bersih iman kekai di dalamnya. 
Iman tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. 
Iman hanya kekal pada hati yang bersih.. 

أسّتغفرٌ ﺂللَّہ ﺂلعَظيمّ ﺂلذيّ لٱ إلہْ ﺂلٱ ھُۆ ﺂلحيـَﮱ ﺂلقيۆم ۆ أتۆب إليہْ
Astagfirullahal adzim alazi lailla hailla huwal haiyul qoyyum wa atubu ilait
(Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Besar Tiada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup lagi sentiasa Berkuasa Dan aku bertaubat kepada-Nya)

Monday, July 15, 2013

YAKINLAH

Payung tidak mampu menghentikan hujan, 
tapi dengan payung kita mampu berdiri dalam hujan tanpa kebasahan.
Begitu juga dengan keyakinan, 
ia mungkin tidak memberi kita kemenangan, 
tapi ia mampu memberi kita kekuatan untuk bertahan menghadapi cobaan.

Wednesday, July 10, 2013

RAMADHAN

SEMPENA RAMADHAN YANG MULIA

Dikesempatan ini hamba menghampar rasa
Memohon keampunan akan segalanya
Untuk semua rakan alamaya
Kini hamba mengopak dada
Seandainya pernah ada kekhilafan kata
Yang mungkin meruntuhkan jiwa
Yang mungkin mengundang curiga
Kerana tiadalah niat sedemikian rupa

Mari melupakan semak yang pernah berupa
Kesucian Ramadhan janganlah diluka
Hindarilah segala noda

Seandainya kita saling terbuka
Marilah kita jalinkan semula
Ukhwah itu amat berharga
Semoga Allah permudahkan segala
Agar redha menyelubungi kita