Tuesday, January 31, 2012

MAAF KAN AKU

Tolong maafkan aku jika ada salah. Tolong maafkan aku jika ada yang terasa. Tolong maafkan aku jika ada yang terluka. Kerana aku hanya manusia biasa. Aku tahu itu. Aku sedar itu.

Tolong maafkan aku jika ada yang terasa bila ku tegur. Tolong maafkan aku jika ada yang terluka pada baris ayat. Tolong maafkan aku jika ada yang benci pada stiap kata. Kerana aku hanya menyampaikan kebenarannya. Tanpa aku sedar bahawa. Bahasaku melukakan.

Tolong maafkan aku jika kamu kecewa dengan ku. Tolong maafkan aku jika kamu marah pada ku. Tolong maafkan aku jika aku menyakitkan kamu. Kerana aku kadang-kadang alpa. Pada susun kata yang ku tertera

Tolong maafkan aku jika ada yang kecil hati bila aku tidak membalas kembali jejak kehadiran. Tolong maafkan aku jika ada yang benci bila aku tidak mengikutmu seperti mana kamu hendakkan. Kerana aku hanya ingin kamu tahu....

Tolong fahami aku, aku tidak pernah memaksa kamu. Jika tidak suka aku. Jangan pernah datang ke mari. Kerana aku tidak mahu kamu terluka lagi. Pada baris ayat yang aku tera, bait kata yang aku gubah. Tersirat isi-isi. Supaya kamu akan mengerti. Bahawa tiada sesiapapun yang ingin ku sakiti. Hanya mahu kamu sedar sendiri.

Tolong kenali aku sebelum kamu mahu berkata tentangku. Kerana segala isi hati, ku luahkan di sini. Tempatku bermain kata. Tempatku bersuara. Tempatku mengadu segala. Tempatku menangis hiba. Dan tempatku yang sebenarnya.

Tolong fahami aku kerana aku mahu kerana aku tidak lakukan ini semua tanpa tujuan. Aku tidak lakukan ini semua tanpa arah. Aku tidak laksanakan ini semua tanpa amanah. Kerana aku mahu kamu menikmati. Segala yang ku saji. Pada lewat ketik jemari. Isi hati yang kamu sendiri miliki.

Tolong maafkan aku tapi tolong juga fahami aku...

Monday, January 30, 2012

DIAM DIRI INI

Diamnya diri ini bukan bererti membenci dirimu,
Diamnya diri ini bukan bererti berdendam sampai ke mati,
Diamnya diri ini bukan untuk mengatakan diri ini betul atau bersalah,
Diamnya diri ini bukan untuk menyatakan bahawa kamu salah atau kamu betul..
Diam bukan kerna dendam,
Diam bukan kerna hati yang telah dilukai,
Diam ini untuk mengelakkan berkata-kata pada sesuatu perkataan yang tak sewajarnya yang bisa mengguriskan hati dan perasaan insan

Diamnya diri ini untuk sentiasa sedar dan kenal siapa diri ini,
Diamnya diri ini agar sentiasa peka pada persekitaran
Diamnya diri ini agar selalu sedar dari kelalaian dan kealpaan diri
Diamnya diri ini bukan untuk menagih simpati
Diamnya diri ini untuk sentiasa menilai diri yang serba kekurangan

Sesungguhnya diri ini sentiasa sedar dimana selayaknya waktu dan saatnya untuk
berkata-kata agar tidak lagi menimbulkan kekeliruan pada segala kemusykilan

Kemaafan itu satu dendam yang terindah, namun parutnya masih tersisa dalam kenangan dan ingatan.. :'(

BAGI YANG MENGERTI

Kenangan itu sungguh pahit untuk dilupakan, sungguh perit untuk dilalui,
sungguh sakit untuk dihadapi...

Wahai diri, itulah ujian kehidupan..
Terimalah hakikat bahawasanya dunia ini Allah ciptakan bukanlah untuk menjanjikan kehidupan yang mudah.
Tetapi Allah berjanji untuk memudahkan jalan bagi mereka yang cuba merubah nasib mereka sendiri.

Duhai diri.. Jangan bersedih..
Andai waktu-waktu yang lalu Allah membantu mu untuk terus berpijak,
di hari ini dan di masa-masa akan datang juga Allah tetap akan berada bersama dengan dirimu mencipta kejayaan dan membina kehidupan yang bermakna.
Asal saja kau terus yakin pada ketentuan dan kekuasaan Allah.

Sesungguhnya,
setiap sesuatu yang Allah ciptakan itu bersebab.
Dan jangan sesekali iri dengan kebahagiaan yang dikecapi orang lain..
Biarlah mereka bergelak ketawa sesuka hati mereka, kerana hidup ini bukanlah selamanya indah.
Mungkin hari ini hari untuk mereka, namun masa akan datang belum menjanjikan apa-apa.
Duhai hati, jangan bersedih, ingatlah nikmat Allah kepadamu yang Dia kurniakan di sepanjang hidupmu..
Andai seisi lautan dijadikan tinta untuk menulis nikmat-nikmat Allah kepadamu, nescaya tidak akan mencukupi..

Wahai Allah, aku bersedih dengan ujian ini.
Namun ya Allah,
aku yakin Engkau tidak akan meninggalkan aku bersendirian. Sesungguhnya,
Engkau adalah Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..
Lagi maha bijaksana.
Seandainya Engkau mentakdirkan sesuatu,
tidak sesekali Engkau akan membiarkannya begitu saja..

Wahai diri..
carilah kembali hatimu yang retak, serahkanlah kepada Allah nescaya Allah akan menampalnya kembali.
Janganlah dikau menyerahkan hatimu yang retak itu kepada manusia,
kerana manusia hanya akan menambahkan retaknya hatimu.

Duhai diri,
lingkungan kehidupanmu memerlukan manusia lain..
Namun, engkau harus memilih manusia-manusia yang ingin masuk ke dalam kehidupanmu.
Namun ingatlah, tiap seseorang yang berjalan masuk ke dalam kehidupan kita itu adalah perencanaan dari Allah, sudah tentu Allah ingin memberikan hikmah dan ilmu dari mereka kepadamu.
Hargailah kehidupanmu, kerana kehidupan ini adalah nikmat Allah.
Biarlah bersederhana, asalkan ada keberkatan di dalamnya.
Kehidupan yang diberkati bukanlah bermaksud sentiasa gembira dan dikelilingi dengan manusia yang ramai, tetapi kehidupan yang diberkati adalah kehidupan yang sentiasa berbahagia dengan ujian dan nikmat yang silih berganti..

Duhai hati, bersabarlah..
Ingatlah Allah sebanyak-banyaknya, kerana dirimu yang sakit hanya akan bisa sembuh dengan kembali kepada Allah.
Lepaskanlah segala yang menyakitimu, bebaskanlah dirimu dari belenggu yang menyedihkan, dan berusahalah untuk redha, kerana redha itu adalah ubat bagi segala penyakit.

Untukmu diri..
fizikal ku akan berusaha untuk mengubati rohaniku..
Wahai hati, bersabarlah..
sebentar lagi lukamu akan sembuh dengan izin Allah..

InsyaAllah....

Wednesday, January 18, 2012

AKU TIDAK BERDAYA


masa yang terindah kini semua telah berakhir
karena kau berubah tak seperti dulu lagi
sampai kapan kamu sering menyalahi hatiku
tak pernah kau tahu begitu sakitnya aku



kau anggap diriku
melihatku dengan sebelah matamu
dilema tuk diriku mencintaimu mengerti kamu



biarkan aku bersalah di depan mukamu
selalu kau membenarkan apa katamu
cintamu membuatku sedih dan tak berdaya
namun ku terlanjur cinta



biarkan aku bersalah di depan mukamu
selalu kau membenarkan apa katamu
cintamu membuatku sedih dan tak berdaya
namun diriku terlanjur cinta

Monday, January 9, 2012

NIKON D5100 - BEST!!

Nak ni!!!minat sangat,smpai nk tukar bidang keje lak rasenye..

SMART nye!!! Alahai..Batu Belah Batu Bertangkup...

Tuesday, January 3, 2012

BAYANGAN MU

Betapa aku merasakan sepi dan aku memerlukan hadirmu
bagaimana aku akan dapat meluahkan semua kerinduanku ketika mengingatkanmu
mungkin hanya dengan bernyanyi atau termenung aku akan dapat meluahkan semua perasaanku meskipun aku tahu engkau tak mungkin akan biasa hadir..meski pun dengan air mataku..aku hanya ingin engkau tahu betapa aku selalu menyambut dengan baik bayangmu mungkin dengan beberapa buah lagu atau puisi aku akan dapat meluahkan semua isi hatiku agar kau tahu betapa aku tak dapat lari lebih jauh meninggalkan bayanganmu.