SEMPENA RAMADHAN YANG MULIA
Dikesempatan ini hamba menghampar rasa
Memohon keampunan akan segalanya
Untuk semua rakan alamaya
Kini hamba mengopak dada
Seandainya pernah ada kekhilafan kata
Yang mungkin meruntuhkan jiwa
Yang mungkin mengundang curiga
Kerana tiadalah niat sedemikian rupa
Mari melupakan semak yang pernah berupa
Kesucian Ramadhan janganlah diluka
Hindarilah segala noda
Seandainya kita saling terbuka
Marilah kita jalinkan semula
Ukhwah itu amat berharga
Semoga Allah permudahkan segala
Agar redha menyelubungi kita
No comments:
Post a Comment