Wednesday, October 17, 2012

Yang Dirindui

wahai kamu yang ku rindui,

setelah lama ku biarkan bingkisan rindu terbiar sepi. Hari ini ku keluarkan kembali cebisan nota rindu buat kamu lagi, kerana ruang kamar hatiku sudah termampu menahan gelora rindu yang begitu hebat sekali melanda di sanubari. Hatiku mulai terasa gelisah, gerak geri ku sudah tidak kemas, alunan melodi ku sudah bercelaru. Ini semuanya kerana gelombang rindu yang begitu kuat.

wahai kamu yang ku sayangi,


Semakin hatiku cuba diusik. Semakin hati ini rindu padamu. Rindu pada guraumu, rindu pada kata sakti yang sudah lama tidak kelihatan. Rindu pada semua yang ada pada dirimu.

...bawalah diriku ke duniamu...
...bawalah diriku bermain di taman kasihmu itu...

...dan disini, ku tetap setia bertemankan rindu...bertemankan melodi yang pernah kita dendangkan bersama....

No comments:

Post a Comment