Friday, April 13, 2012

MATA DAN HATI

AIR MATA mula membasahi pipi tanpa disedari...
HATI mula lemah kerana tak mampu untuk mengawal emosi yang kian membara...
MULUT mula menyoal kenapa jadi begitu...
HATI cuba mengatasi perasaan itu dengan berzikir...
AKAL tahu ada hikmahnya di sebalik apa yang berlaku...
MATA tak berhenti-henti mengeluarkan AIR MATA...

HATI cuba memujuk namun MATA masih menangis...
HATI memang TERLUKA namun ia cuba menghadapi KESEDIHAN...
HATI tahu ia mampu....
AKAL memberikan kata-kata semangat & motivasi kepada HATI & MATA...

Lalu,
MATA pun mula berhenti mengeluarkan AIR MATA & HATI mula REDHA dengan ketentuanNYA..

Apabila diuji,
janganlah mempersoalkan kenapa jadi begitu namum tanamkanlah sifat sabar di dalam hati..
Redhalah di sebalik apa yang terjadi.... Luahkanlah isi hatimu kepadaNYA..
InsyaALLAH hati akan merasakan tenang..

Sabar, Redha & Tawakkal kunci ketenangan...

No comments:

Post a Comment